Monday 1 June 2015

Tadi pagi ku patah hati

 



Mari kita mulakan majlis ilmu kita dengan suratul Fatihah. 


 Alhamdullilah , Allah masih panjangkan umur kita semua dalam menjadi seorang mukmin yang sejati, penyambung dakwah Rasulullah S.A.W. Tiada yang lebih baik selain rezeki yang diturunkan Allah dan harapnya rasa syukur di hati masih berbaki.

Sekali lagi , Alhamdullilah semalam tamat sudah kelas Jom Balik Lewat yang menjadi rutin setiap kali cuti sekoalah buat anak anak tingkatan lima, eceyhh. Moga ilmu yang dipelajari terus melekat pada kepala tak tanggal tanggal melainkan di klorox dengan perkara yang negatif , mohon jauh. 

Memetik kata-kata seorang sahabat. "Wahai anak gadis , tutuplah aurat. Sesungguhnya pabila anda menutup aurat pastinya para teruna tidak kehilangan ilmunya, maka untuk kejayaan batch kita, tutuplah aurat sesempurnanya wahai gadis"

Sebenarnya , banyak faktor yang mempengaruhi untuk menuju kejayaan. Dari segi akhlaknya , tingkah lakunyaa, peribadinyaa, kerajinannya,kekerapan dalam bertemu Sang Pencipta.

Tak perlu diulas perkara ini kerana sedia maklum kita sebenarnya kura - kura dalam perahu tak pura- pura tak tahu. Allah suka melihat hambaNya berusaha. Berusaha yang sunguh - sungguh dan tanpa berhenti.

Berhenti mengeluh dan terus pacu ke depan. Sekali itu jangan lupa jaga yang lain juga. Hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat. 

Yang penting. NIAT KENA BETUL SELARAS DENGAN TUJUAN KITA :)

wasalam. ^.^

No comments:

Post a Comment