Wednesday, 18 February 2015

SPM dah ? MasyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah akhirnya setelah hampir setahun blog ni tak disentuh, diramas, disiram kuah butterscotch dapatlah kiranya saya menyambung rutin saudara zahin. ceh.

     Well. Hellyeahh. Tak sangka dah 18.2.2015 dah harini. Pertama tama nya ingin saya ucapkan selamat Hari Lahir yang ke tujuh belas buat saudara Nabil Nasir ; si pencetus kontroversi. Moga Allah sentiasa melindungi saudara baik buat masa kini dan akan datang. Kepada Afiqah Aliah dan saudara Nagai, Happy Belated Birthday (17.2.15) Moga anda juga sentiasa berada di bawah payung lindungan yang maha Esa dan kepada Saudari Nur Hazieqah dan Asraf Samad ; Selamat menyambut HARI LAHIR YANG MENDATANG *apakah?
"HAPPY BECOMING BORNDAY" (19. February 2015) *moga Allah kurnia rezeki yang melimpah ruah.

      Sebenarnya saya hanya menurut kehendak hati. Tiada apa pun yang menarik hendak diperkatakan disini. Cumanya saya masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawasanya kita MAGGERS sudah hampir dewasa. Sudah semakin hampir untuk meninggalkan Senjo Benjo. 

      Cepat benar masa berlari meninggalkan kita yang terkedek kedek di belakang. Cepat benar rasanya kita nak ambil spm walhal post sebelum ini adalah tentang PMR. Lihatlah dunia. Betapa cepatnya masa meninggalkan kita.

      Sahabat MAGGERS sekalian.

      Sudah tiba masanya untuk kita kembali mengorak langkah ke depan. Mencapai cita cita murni iaitu mendapat Straight A+ dalam SPM sekaligus membanggakan Mak Abah. Sekaligus mendapat biasiswa.
Sekaligus belajar di universiti yang terbaik. Sekaligus mendapatkan isteri-isteri cantik, eh?

     Saya sedar , bahawasanya saya juga masih di bawah sedar yang tak sampai beberapa bulan saja lagi kita akan melangkah ke bilik serbaguna dan Dewan Sri Karyawan dengan membawa slip baru dan ic serta beberapa pen untuk menghadapi SPM. 

     Sesungguhnya sahabat, berat memikul harapan yang tinggi menggunung dari guru-guru dan ibubapa. Maka, sematkanlahh sahabat, selincah mana kau bermain di padang, seterer mana kau melibas bola tangkis badminton maka sehebat itulah juga kau di medan belajar.

    Ini lorong yang terakhir sahabat. Marilah sama-sama kita berjuang seperti di tahun 2013. Tapi saya mohon agar perjuangan kali ini lebih berganda usahanya. Agar nanti hasilnya juga berganda-ganda. Selitkan doa dan tawakal. Allah pasti sentiasa bersama.


wasalam ^.^

No comments:

Post a Comment