"biar buat apa-apa mesti semangat, penuh tekad, jangan lupa muafakat, membawa berkat"
Salam merentas desa kalian. Tanggal 29.Januari 2015 merupakan hari bersejarah bagi Rumah Suria kerana telah di band. Alhamdullilah tiada sebarang laporan tentang kematian. Cuma kecederaan hati tu adalah sikit.Tapi sungguhlah, tahun ni baru terasa nikmat band tu setelah bertahun juga buat tapi macam jadi tak jadi.
"Sekadar memeriahkan majlis" - Cikgu Nizam Yahya.
Pastinya ini yang terakhir untuk kita semua. Moga tersemat baik baik dalam hati.
Sedih bila mengenangkan yang ini kali yang terakhir. Tapi hidup mesti diteruskan. Mesti pandang ke depan. Kepada Ketua Rumah dan Kapten teruskan berbakti untuk rumah masing-masing.
Mungkin Buana yang bakal mengondol semua anugerah ? Mungkinkah Purnama masih ingin mengekalkan takhta? Adakah Suria akan terus ditindas? Atau Segara yang bakal berjaya. Kita tunggu malam Sri Gemilang nanti.
Empire Magnificent 1115 sudah bermula.
wasalam ^.^
No comments:
Post a Comment