Friday 19 June 2015

Ramadhan.

Assalamualaikum,.

      Alhamdullilah harini dh masuk hari ketiga kita dalam menjalani bulan Ramadhn yang penuh barakah ini. Syukur ke hadrat Allah sebab masih lagi beri kita semua peluang untuk terus hidup pada hari ini. Alhamdullilah. 

     Tepat jam 4:45 petang , hari selasa yag lepas. kami warga Sains Johor dikejutkan dengan berita kematian saudara kami iaitu Allahyarham saudara Mohamad Nur Zarif Akmal B. Azman pelajar tingkatan 3. Punca kematian tidak pula admin pasti, tapi sebaiknya marilah kita sedekahkan Al-Fatihan keada Arwah. Semoga Alah menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman.

      Mati. Perkara yang pasti. Yang Allah memang akan beri. Buat kita hamba yang hidup didunia ini. Cepat atau lambat masa itu pasti tiba. Sama ada waktu itu kita sudah bersedia atau belum , amalan sudah cukup atau belum tiada tolak ansur lagi. Mati. Tak cepat sesaat tidak pula lambat sesaat. Begitu indah aturan yang Allah ciptakan untuk kita. Sedangkan kita terus alpa mensyukuri nikmat yang dihadiahkan oleh-Nya. 

        Sekadar tazkirahh selepas subuh pagi ini. Mana tahu, mungkin selepas ini giliran admin atau sesiapa. Maka dengan kesempatan yang ada admin mohon maaf atas segala keterlanjuran dalam menjaga blog ini, dalam menyelenggara, dalam berkata-kata.

Mati kita itu pasti cuma bila waktunya tidak pula kita ketahui. 
Salam Ramadhan.

Wasalam. ^.^

No comments:

Post a Comment