Thursday 2 July 2015

RAMADAN DI SAINS JOHOR.



Hari ni merupakan hari ke 16 kita berpuasa di Bulan Ramadan yang penuh dengan barakah. Semoga amalan baik kita diterima Allah S.W.T sekaligus menjadikan seluruh warga Magnificent 1115 merupakan batch yang mempunyai kecemerlangan dari segi sahsiah rohani akademik dan segala segalanya. 


 Kali ni, salah satu ujian yang harus kita tempuhi untuk mendapat kecemerlangan dalam Spm 2015 adalah ketiadaan air. Sebelum Ramadan lagi, krisis air telah berlaku dan ia berlanjutan sehingga kini. Besarlah harapan untuk kita menggangap ini semua ujian Allah S.W.T pada bulan yang amat mulia ini. Kebarangkalian ketiadaan ini akan berlanjutan sehingga bulan September. Ini hanya kebarangkalian dan kita belum tiba lagi pada bulan September. 

 Terasa sedih apabila mengenangkan bahawa ini adalah tahun terakhir pelajar Magificent 1115 berada di Sm Sains Johor yang telah memberi pelbagai kenangan suka duka pahit manis dan pengalaman yang menakjubkan. Untuk tahun terakhir, pelajar pelajar di kumpulkan di bilik V.I.P dewan makan untuk berbuka puasa bersama sama. 

No comments:

Post a Comment