Thursday, 2 July 2015

RAMADAN DI SAINS JOHOR.



Hari ni merupakan hari ke 16 kita berpuasa di Bulan Ramadan yang penuh dengan barakah. Semoga amalan baik kita diterima Allah S.W.T sekaligus menjadikan seluruh warga Magnificent 1115 merupakan batch yang mempunyai kecemerlangan dari segi sahsiah rohani akademik dan segala segalanya. 


 Kali ni, salah satu ujian yang harus kita tempuhi untuk mendapat kecemerlangan dalam Spm 2015 adalah ketiadaan air. Sebelum Ramadan lagi, krisis air telah berlaku dan ia berlanjutan sehingga kini. Besarlah harapan untuk kita menggangap ini semua ujian Allah S.W.T pada bulan yang amat mulia ini. Kebarangkalian ketiadaan ini akan berlanjutan sehingga bulan September. Ini hanya kebarangkalian dan kita belum tiba lagi pada bulan September. 

 Terasa sedih apabila mengenangkan bahawa ini adalah tahun terakhir pelajar Magificent 1115 berada di Sm Sains Johor yang telah memberi pelbagai kenangan suka duka pahit manis dan pengalaman yang menakjubkan. Untuk tahun terakhir, pelajar pelajar di kumpulkan di bilik V.I.P dewan makan untuk berbuka puasa bersama sama. 

Friday, 19 June 2015

Ramadhan.

Assalamualaikum,.

      Alhamdullilah harini dh masuk hari ketiga kita dalam menjalani bulan Ramadhn yang penuh barakah ini. Syukur ke hadrat Allah sebab masih lagi beri kita semua peluang untuk terus hidup pada hari ini. Alhamdullilah. 

     Tepat jam 4:45 petang , hari selasa yag lepas. kami warga Sains Johor dikejutkan dengan berita kematian saudara kami iaitu Allahyarham saudara Mohamad Nur Zarif Akmal B. Azman pelajar tingkatan 3. Punca kematian tidak pula admin pasti, tapi sebaiknya marilah kita sedekahkan Al-Fatihan keada Arwah. Semoga Alah menempatkan beliau bersama orang-orang yang beriman.

      Mati. Perkara yang pasti. Yang Allah memang akan beri. Buat kita hamba yang hidup didunia ini. Cepat atau lambat masa itu pasti tiba. Sama ada waktu itu kita sudah bersedia atau belum , amalan sudah cukup atau belum tiada tolak ansur lagi. Mati. Tak cepat sesaat tidak pula lambat sesaat. Begitu indah aturan yang Allah ciptakan untuk kita. Sedangkan kita terus alpa mensyukuri nikmat yang dihadiahkan oleh-Nya. 

        Sekadar tazkirahh selepas subuh pagi ini. Mana tahu, mungkin selepas ini giliran admin atau sesiapa. Maka dengan kesempatan yang ada admin mohon maaf atas segala keterlanjuran dalam menjaga blog ini, dalam menyelenggara, dalam berkata-kata.

Mati kita itu pasti cuma bila waktunya tidak pula kita ketahui. 
Salam Ramadhan.

Wasalam. ^.^

Monday, 1 June 2015

Hasil Tangan 2


Hasil tangan

HASIL TANGAN MEMBER MEMBER YANG BERBAKAT , PASTINYA MELEKAT BUAT HATI KU TERPAHAT dipersembahkan :



Tadi pagi ku patah hati

 



Mari kita mulakan majlis ilmu kita dengan suratul Fatihah. 


 Alhamdullilah , Allah masih panjangkan umur kita semua dalam menjadi seorang mukmin yang sejati, penyambung dakwah Rasulullah S.A.W. Tiada yang lebih baik selain rezeki yang diturunkan Allah dan harapnya rasa syukur di hati masih berbaki.

Sekali lagi , Alhamdullilah semalam tamat sudah kelas Jom Balik Lewat yang menjadi rutin setiap kali cuti sekoalah buat anak anak tingkatan lima, eceyhh. Moga ilmu yang dipelajari terus melekat pada kepala tak tanggal tanggal melainkan di klorox dengan perkara yang negatif , mohon jauh. 

Memetik kata-kata seorang sahabat. "Wahai anak gadis , tutuplah aurat. Sesungguhnya pabila anda menutup aurat pastinya para teruna tidak kehilangan ilmunya, maka untuk kejayaan batch kita, tutuplah aurat sesempurnanya wahai gadis"

Sebenarnya , banyak faktor yang mempengaruhi untuk menuju kejayaan. Dari segi akhlaknya , tingkah lakunyaa, peribadinyaa, kerajinannya,kekerapan dalam bertemu Sang Pencipta.

Tak perlu diulas perkara ini kerana sedia maklum kita sebenarnya kura - kura dalam perahu tak pura- pura tak tahu. Allah suka melihat hambaNya berusaha. Berusaha yang sunguh - sungguh dan tanpa berhenti.

Berhenti mengeluh dan terus pacu ke depan. Sekali itu jangan lupa jaga yang lain juga. Hubungan dengan Allah, ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan masyarakat. 

Yang penting. NIAT KENA BETUL SELARAS DENGAN TUJUAN KITA :)

wasalam. ^.^

Sunday, 22 February 2015

23 Februari

Assalamualaikumm semua.

Selamat pulang ye anak anak ke bumi Senjo Benjo. Pasti kalian merindukannya setelah hampir seminggu menetap di rumah. *ayat sila muntah ~

     Okey Maggers. Masa untuk menyambung perjuangan yang berbaki beberapa bulan sahaja ni. All The Best, Jangan depressed. Jaga kesihatan dan jaga solat. Salam jumpa di Senjo Benjo. Adios Amigoss


Wassalam ^.^

Wednesday, 18 February 2015

Orang Kata ..

Orang Kata, 

"biar buat apa-apa mesti semangat, penuh tekad, jangan lupa muafakat, membawa berkat"

Salam merentas desa kalian. Tanggal 29.Januari 2015 merupakan hari bersejarah bagi Rumah Suria kerana telah di band. Alhamdullilah tiada sebarang laporan tentang kematian. Cuma kecederaan hati tu adalah sikit.Tapi sungguhlah, tahun ni baru terasa nikmat band tu setelah bertahun juga buat tapi macam jadi tak jadi.

"Sekadar memeriahkan majlis" - Cikgu Nizam Yahya.

Pastinya ini yang terakhir untuk kita semua. Moga tersemat baik baik dalam hati. 



















Sedih bila mengenangkan yang ini kali yang terakhir. Tapi hidup mesti diteruskan. Mesti pandang ke depan. Kepada Ketua Rumah dan Kapten teruskan berbakti untuk rumah masing-masing. 
Mungkin Buana yang bakal mengondol semua anugerah ? Mungkinkah Purnama masih ingin mengekalkan takhta? Adakah Suria akan terus ditindas? Atau Segara yang bakal berjaya. Kita tunggu malam Sri Gemilang nanti.

Empire Magnificent 1115 sudah bermula. 

wasalam ^.^

SPM dah ? MasyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdullilah akhirnya setelah hampir setahun blog ni tak disentuh, diramas, disiram kuah butterscotch dapatlah kiranya saya menyambung rutin saudara zahin. ceh.

     Well. Hellyeahh. Tak sangka dah 18.2.2015 dah harini. Pertama tama nya ingin saya ucapkan selamat Hari Lahir yang ke tujuh belas buat saudara Nabil Nasir ; si pencetus kontroversi. Moga Allah sentiasa melindungi saudara baik buat masa kini dan akan datang. Kepada Afiqah Aliah dan saudara Nagai, Happy Belated Birthday (17.2.15) Moga anda juga sentiasa berada di bawah payung lindungan yang maha Esa dan kepada Saudari Nur Hazieqah dan Asraf Samad ; Selamat menyambut HARI LAHIR YANG MENDATANG *apakah?
"HAPPY BECOMING BORNDAY" (19. February 2015) *moga Allah kurnia rezeki yang melimpah ruah.

      Sebenarnya saya hanya menurut kehendak hati. Tiada apa pun yang menarik hendak diperkatakan disini. Cumanya saya masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawasanya kita MAGGERS sudah hampir dewasa. Sudah semakin hampir untuk meninggalkan Senjo Benjo. 

      Cepat benar masa berlari meninggalkan kita yang terkedek kedek di belakang. Cepat benar rasanya kita nak ambil spm walhal post sebelum ini adalah tentang PMR. Lihatlah dunia. Betapa cepatnya masa meninggalkan kita.

      Sahabat MAGGERS sekalian.

      Sudah tiba masanya untuk kita kembali mengorak langkah ke depan. Mencapai cita cita murni iaitu mendapat Straight A+ dalam SPM sekaligus membanggakan Mak Abah. Sekaligus mendapat biasiswa.
Sekaligus belajar di universiti yang terbaik. Sekaligus mendapatkan isteri-isteri cantik, eh?

     Saya sedar , bahawasanya saya juga masih di bawah sedar yang tak sampai beberapa bulan saja lagi kita akan melangkah ke bilik serbaguna dan Dewan Sri Karyawan dengan membawa slip baru dan ic serta beberapa pen untuk menghadapi SPM. 

     Sesungguhnya sahabat, berat memikul harapan yang tinggi menggunung dari guru-guru dan ibubapa. Maka, sematkanlahh sahabat, selincah mana kau bermain di padang, seterer mana kau melibas bola tangkis badminton maka sehebat itulah juga kau di medan belajar.

    Ini lorong yang terakhir sahabat. Marilah sama-sama kita berjuang seperti di tahun 2013. Tapi saya mohon agar perjuangan kali ini lebih berganda usahanya. Agar nanti hasilnya juga berganda-ganda. Selitkan doa dan tawakal. Allah pasti sentiasa bersama.


wasalam ^.^

Monday, 30 December 2013

Kita Masih Member

Hai.

Hari ini hari Selasa.

Esok hari Rabu.

Hari ini 31 Disember 2013.

Esok 1 Januari 2014.

Hari ini berada di Tingkatan 3.

Esok sudah menjadi Tingkatan 4.

Tahun ini penamat PMR.

Tahun depan permulaan untuk SPM 2015.

Hari ini tahun ini.

Esok tahun depan.

Hari ini kita masih lower form dan junior.

Esok kita upper form dan senior.

Hari ini kita masih kawan.

Esok masih lagi kawan andai panjang umur.

Hari ini kita masih bernafas.

Esok belum tentu.

Jika hari ini tahun ini menghambarkan kita.

Jadikan hari esok tahun depan bermakna untuk kita.

Jika hari ini tahun ini bermakna untuk kita.

Jadikan esok tahun depan lagi bermakna.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MEMBER YANG AKAN BERPINDAH KELUAR DARI SMSJ.

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.

Tuesday, 24 December 2013

Jangan Down.Aku Ada

Assalamualaikum and hai! Ewaaaa aku punya excited dapat berblog lagi tiada tandingan  setinggi Gunung Kinabalu,seluas Laut Cina Selatan dan panjang bak jambatan Penang ((Penang je kot oke oke))Okey semua pekabo?Amacam body?Makin sado ke makin slim?Hek eleh untung la yang makin sado takpon yang makin slim untung untung dapat point untuk Cross Country 2014 hahahaha kemain korang nak kecut perut bila masuk bab bab sukan ni.Okey *muka serious* Dah ready nak jadi senior kepada 3 batches?Alah paling paling pon engkorang excited sebab dah bersepah juniors.Lagi 8 hari je nak naik sekolah.Hari result pon dah lepas 2 minggu yang lalu.


Ape pon aku nak ucapkan tahniah dekat korang.Ya,korang,Magnificent 1115.Tak kesah ahh korang perfect score ke termiss satu dua ke korang kena bangga dengan diri korang woi! Sebab apa? Ni semua hasil korang iringan doa doa dari orang yang kau sayang.Pesan aku,jangan sesekali korang anggap diri korang looser.Biaq pi la depa nak kate apa.Sebab dieorang tak nampak usaha korang macam mana serabutnya korang study nak hafal formula,nak hafal istilah sc yada yada.Ade dieorang nampak,rasa,tau?Takde kan?Okey dieorang boleh godie

Aku tau yang paling cilaka bila ade yang sebok membandingkan tak cukup mempersoalkan kejayaan korang."Sekolah sains kot takkan macam ni?" Aku nasihatkan korang doakan yang terbaik untuk orang macam tu.Guys,jangan pernah down.Ingat,Allah uji kita sebab Allah sayang kita.Aku selalu pegang dengan ayat ni bila aku rasa sangat jatuh.Jangan pernah cakap "ahhh dunia ni tak adil bla bla bla" siap maki sana maki kat twitter.Aku dok peratikan je orang macam ni.Lain orang,lain ujiannya.Mungkin rezeki korang bukan dekat sini.Siapa tahu?Si Senah hujung kampung tu tau?Idok kan?

Aku rasa dah panjang sangat aku membebel tak tentu hala ni.Aku dah nasihatkan ni kalau korang rasa korang masih looser,aku nasihatkan kau rendam kepala korang dlaam mangkok tandas pastu biarkan lama lama sampai kena makan ular.Haaa sedap gitu.Last word (s) bangga dengan diri korang tapi jangan melebih pulak kang orang menyampah.Teruskan buat orang yang korang sayang bangga dengan korang.Tu je.I love you all to the moon and back!

xoxo,

seorang doktor

Thursday, 19 December 2013

PASCA RESULT PMR TERAKHIR 19/12/2013

Assalamualaikum semua. Perasaan bercampur baur selepas keputusan diumumkan.


Sekurangnya keputusan meningkat daripada tahun lepas.


Semakan Keputusan dalam talian. *tu result achong

Antara muka-muka perfect scorer. Kebanyakan dah balik.


Aku harap result ni tak menjarakkan hubungan kekeluargaan kita yang dijalin selama ini. 8A hanya penanda aras untuk PMR. YANG TIDAK MENDAPAT PERFECT SCORE, ANDA TIDAK GAGAL. MASIH ADA MASA UNTUK KITA SEMUA BERJAYA SEKALI LAGI. SPM 2015 here we gooo!



Sedutan video amik result.



Sekian.

Wednesday, 18 December 2013

PRA RESULT PMR TERAKHIR

HARI NI 18/12/13. ESOK 19/12/13 BERMAKSUD KITA MAGNIFICENT 1115 AKAN MENGAMBIL RESULT PMR TERAKHIR. 

Gambar ni dicipta untuk MAGGERS sekali.


Nak dijadikan cerita, semua maggers yang ada twitter, tukar twitcon dengan gambar ni. 

*tekan untuk membesarkan


Aku harap kita dapat mencapai apa yang kita citakan esok. 
10.00 malam. Lebih kurang 12 jam lagi kita akan dapat slip keputusan terakhir kita. Berjaya atau tidak, kita masih member. Aku harap esok takde yang downkan member.

Esok aku update pasal PASCA RESULT PMR TERAKHIR pulak.

Sekian.


Zahin Saipolbahri.

Friday, 13 December 2013

Actual date.

5 days to go.



Banyakkan berdoa, Insya Allah Allah is with us. He's there to listen.












p/s: Zahin marah aku. huargh.

much loves,
atikah omey xD

Tuesday, 3 December 2013

Kuci kuci hoi ta hey. Selamat bercuti.

Okay semua. Result keluar 23/12/13. Siapa cakap diawalkan lah apalah. Semua itu merepek. Selamat bercuti semua.



Sekian.

PASCA PMR : 1MURID 1SUKAN

Ni program pertama PASCA PMR. Not bad ah. Dapat jugak bersukan.

Pasukan menampilkan pemain-pemain star.

Ni sepakan knuckle ke?

"Huarghh, mengantuknya. Tidur dekat sini pun okay jugak."

See that face. 

"See my hair dude."

Pompom girl.

"Yuhhuuuu~ I'm here"

"Allahhumabariklanafimarazaktanawakinaazabanna"


Sumber : Iqbal Hakem . Dinie


Sekian.

PASCA PMR : PERTANDINGAN REKA CIPTA INOVASI

Program ni melibatkan seluruh rakyat batch. Buat dekat aspuri. 

Engineer kereta sedang setting kereta masing-masing.

Atok sedang bermain dengan tempat makanan kucing.

What's that?

"Cak ba. Cak ba. See my eyesss" - Aisem

Jalan keretapi Burma.



Sumber : Iqbal Hakem


Sekian.


PASCA PMR : REUNION KELUARGA ANGKAT

Program ni umpama reunion semula dengan keluarga angkat yang pertama kali diadakan pada tahun 2012. 


Separuh bas untuk Boys Magnificent

See thatt. Berapa banyak kumbang je. Bunga taik kucing je banyak.

Yaaa. 

Perkumpulan air ludah campur kahak bebudak ni.

"Lawanya daun ni. Kalau aku ikat tangan aku lawa jugak ni" - Inaz

Pertandingan makan tepung paling banyak. "Sedap ke weh?" - Fina


"Ini anak biawak. Saya baru pertama kali jumpa" - Azmil

"Woi jangan rembat batang pancing aku" - Aisem





Sumber : Iqbal Hakem
Tengok lagi di https://www.facebook.com/JangoAsh/media_set?set=a.836123936414784.1073741828.100000515562299&type=3


Sekian .

PASCA PMR : KOLEJ KOMUNITI - SERVIS KENDERAAN RINGAN

Program ini dijalankan di Kolej Komuniti Kluang. Program ni hanya melibatkan pelajar berjantina lelaki sahaja.
Kolej Komuniti Kluang.

Kereta kebal.

Semua muka mengantuk. Maklumlah, malam exercise.

"Ini tayar kereta. Adik-adik tahu ke tak?" - Brother Tu.


                                                
Semoga tenang roh kau di sana.

Tempat ni akan menjadi tempat kenang untuk Manlem. Beliau akan trauma.

Boys Magnificent.




Sumber : Iqbal Hakem

Sekian.